Sunday, July 26, 2009

Items in Maira Giftmine

Pelbagai "table runner", alas meja kopi dan alas meja makan di dalam pelbagai saiz dan jenis kain. Table runner boleh didapati dalam 3 ukuran panjangnya iaitu 1.5 m yang sesuai untuk alas meja kopi, 2.0 m yang sesuai untuk alas meja makan 6 orang atau alas meja konsul dan 2.5 m yang sesuai untuk alas meja makan 8 orang. Jenis kainnya pula terdiri dari jenis fabrik "taperstry" yang tahan lama dan "cotton canvas". Ada juga "table runner" yang didatangkan sekali pakejnya bersama set "placemat"-nya / alas pinggan yang terdiri dari pelbagai corak dan warna.

Sarung kusyen juga boleh didapati dalam pelbagai corak dan saiznya sama ada berbentuk segiempat sama atau tepat dan saiz kecil atau besar. Jenis fabriknya juga berbeza iaitu dari jenis "cotton canvas" dan "taperstry". Yang istimewanya untuk sarung kusyen berbentuk segiempat tepat / rectangle; bantal kusyen di dalamnya telah disediakan bersama dengan sarungnya sekali !


Langsir di sini mempunyai bentuk saiz dan rekaan yang boleh digunakan sama ada di ruang dapur, ruang makan atau ruang tamu. Corak langsir pelmet & frill seperti bunga-bungaan, buah-buahan, kartun dan abstrak boleh didapati di Maira Giftmine. Saiz lebar langsir adalah sesuai untuk tingkap 2 panel dan 3 panel. Selain itu, langsir untuk pintu juga disediakan di sini sama ada yang labuh hingga ke bawah atau hanya hiasan di bahagian atasnya. Sebahagian langsir ini didatangkan sekali dengan kayu penyidainya yang percuma!. Jenis fabrik langsir pula terdiri dari fabrik lace, organza, canvas cotton dan fabrik Eliza yang terkenal dengan ketahanan scotch guard-nya yang tidah mudah meresap air dan hanya perlu dilap sahaja jika terpecik kotoran.

Dapatkan juga karpet pelbagai saiz yang boleh dibasuh dan tebal alasnya. Di bawah karpet terdapat getah yang akan mencengkam lantai apabila dibentangkan. Harga istimewa diberikan jika membeli secara pakej sama ada 2 helai iaitu untuk saiz 'S' dan 'M' dan juga pakej untuk 3 helai bagi saiz 'S', 'M' dan 'L'. Harga adalah amat berbaloi-baloi ! Selain itu jangan lupa dapatkan jam 2 muka berkaki yang tingginya hampir sama dengan ketinggian manusia !

Jemputlah singgah selalulah di sini untuk meninjau barangan lain yang terkini di Maira Giftmine. Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa. Jumpa lagi.

0 Sweet Comment: